Wednesday, November 11, 2020

REFLEKSI GKK1043-KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN

 


Kesihatan dan kecergasan diri merupakan perkara yang amat penting bagi setiap individu tanpa mengira peringkat umur. Kesihatan diri mampu memberi kesan positif terhadap fizikal, mental ,rohani serta kehidupan seharian seseorang individu itu. Namun begitu, jika dilihat secara telitinya, kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengambili cakna tentang kesihatan dan kecergasan badan sehingga mampu memudaratkan diri mereka. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini memberi kesan kepada hari tua kita nanti, semua individu perlulah mengambil tindakan segera sepatutnya untuk kepentingan diri meraka. Prinsip FITT dan juga penggunaan piramid aktiviti fizikal boleh menjadi salah satu cara yang mampu membantu individu mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri mereka.




Prinsip FITT merupakan kaedah yang dicuba dan betul untuk menyusun rancangan senaman yang cekap. Ini juga dapat membantu dalam mencapai matlamat kecergasan diri individu. Antara perkara yang terdapat dalam prinsip FITT ini adalah kekerapan yang mana ia bermaksud berapa kali seorang individu itu perlu bersenam. Senaman perlulah dilakukan secara konsisten supaya badan lebih terbiasa dengan aktiviti senaman. Individu boleh melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 2-3 kali dalam seminggu. Selain itu, kekerapan yang dilakukan dalam aktiviti bersukan ini dapat meningkatkan kecergasan jantung serta meningkatkan kadar nadi normal. Ini bermaksud kadar nadi yang perlu dicapai adalah antara 60% sehingga 80%.  Seterusnya, dalam pelan senaman individu juga perlulah diambil kira berapa lama badan bersenam pada setiap sesi. Sebenarnya, tiada peraturan yang ditetapkan untuk berapa lama anda perlu bersenam malahan ia bergantung pada tahap kecergasan dan jenis latihan yang dilakukan. Misalnya, senaman kardio disyorkan berlangsung sekurang-kurangnya 30 minit tetapi ia  dibolehkan untuk lebih lama, bergantung pada latihan. Akhir sekali, jenis senaman yang dilakukan adalah bahagian terakhir dari prinsip FITT dan mudah untuk dimanipulasi untuk mengelakkan kecederaan yang berlebihan atau kawasan penurunan berat badan. Jenis senaman yang dipilih perlu mengikut komponen kecergasan masing-masing. Individu digalakkan memilih aktiviti yang mengikut keupayaan dan minat serta sesuai dengan tahap kecergasan.





Piramid aktiviti fizikal boleh dijadikan sebagai panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari. Bermula dari aras yang paling bawah, aktiviti-aktiviti yang disenaraikan  adalah aktiviti yang harus dilakukan dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya dilakukan setiap hari. Manakala aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti yang harus dikurangkan aktivitinya. Seperti yang ditujukkan di dalam rajah 1, piramid aktiviti fizikal mempunyai 4 aras. Aras yang pertama menunjukkan aktiviti yang harus dilakukan sebanyak mungkin setiap hari oleh seseorang. Misalnya, berjalan ke kelas yang terletak jauh setiap hari. Ini mampu menjadikan badan lebih aktif untuk bergerak di samping mampu menambahkan tahap kecergasan badan. Selanjutnya, aras yang kedua pula menunjukkan aktiviti yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu. Aktiviti yang dilakukan mestilah dijalankan dalam jangka masa 20 atau 30 minit seperti berjoging 2.4 km keliling institusi yang mana ia dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak badan seorang individu yang melakukannya. Manakala, aras ketiga piramid aktiviti fizikal menekankan aktiviti untuk meningkatkan kelenturan, ketahanan dan kekuatan otot yang mana hendaklah dilakukan 2-3 kali seminggu. Sebagai contoh, aktiviti regangan yang mampu meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut. Aras yang terakhir iaitu aras yang keempat wajiblah dikurangkan aktivitinya kerana ia lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang tidak aktif. Contohnya, berbaring sepanjang hari tanpa melakukan apa-apa kerja harian. Sebenarnya, jika seseorang hanya berbaring selama 24 jam tanpa bergerak, ia akan memberi impak kepada paru-paru yang mana ia akan menarik paru-paru kembali pada posisi semula. Ini membuatkan bahagian bawah paru-paru mengerut, sehingga membuat lendir sulit melewati saluran di paru-paru.


Kesimpulannya, jelaslah bahawa prinsip FITT dan penggunaan piramid aktiviti fizikal dapat membantu kita merancang matlamat kesihatan diri kita.  Kita perlulah mengambil langkah pertama agar kealpaan masa muda kita ini tidak akan memberi impak kepada hari tua kita nanti. 


No comments:

Post a Comment

REFLEKSI GKK1043-KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN

  Kesihatan dan kecergasan diri merupakan perkara yang amat penting bagi setiap individu tanpa mengira peringkat umur. Kesihatan diri mampu ...